Search


*MENTERI KEWANGAN MALAYSIA vs MENTERI KEWANG...

  • Share this:


*MENTERI KEWANGAN MALAYSIA vs MENTERI KEWANGAN INDONESIA*

Di kala Barisan Nasional berbangga dengan projeksi GDP Malaysia, kita menyoal, adakah GDP yang sekian lama dibanggakan Barisan Nasional, satu indikator ekonomi yang bagus. Pengerusi Mydin kata kuasa belanja rakyat semakin merosot. Kos sara hidup meningkat dengan mendadak. Harga beras, gula dan minyak masak naik 31%.

Jawapannya kita perolehi dari negara jiran kita, Indonesia yang kini dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia mengikut FinanceAsia, Sri Mulyani Indrawati.

Antara reformasi ekonomi yang dilakukan beliau yang turut disanjung tinggi oleh rakan-rakan Asia. Beliau sedar, negara perlukan wang untuk berbelanja. Laluan yang diambil Indonesia adalah untuk membasmi rasuah. Hasilnya, 10 juta rakyat Indonesia memfailkan penyata cukai. Kerajaan berjaya mendapat 330 billion USD. Bayangkan berapa banyak wang yang kita boleh dapat kembali sekiranya kita mengamalkan konsep toleransi kosong berdepan rasuah.

Malaysia kini berada di kedudukan 55 dengan jumlah markah sebanyak 49. Ini dengan jelas menunjukkan kita jauh dari menangani masalah rasuah. Mengikut Special Task Force to Facilitate Business (Pemudah), Malaysia kehilangan sebanyak RM 10 billion disebabkan rasuah setiap tahun.

Untuk pengetahuan kalian, pada tahun 2016, Perdana Menteri kita dinobatkan sebagai Menteri Kewangan yang paling teruk di Asia. Menteri Kewangan kita masih gagal mengiktiraf korupsi sebagai satu masalah yang besar. Tiada sebarang inisiatif untuk perubahan.

Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah melakukan perubahan. Perubahan ini perlu pantas. Sekiranya barah negara kita diteruskan tanpa rawatan, kita mungkin akan senasib dengan Zimbabwe.

Rakyat Malaysia sekalian, bangunlah kalian sebelum terlambat. Semak poket, dompet dan simpanan anda, ini adalah indikator betapa teruknya barah negara ini.

-Syed Saddiq-

(1) https://www.reuters.com/…/indonesia-tax-amnesty-nets-330-bi…

(2) https://www.nst.com.my/…/rm10-billion-lost-corruption-every…

(3) https://www.themalaysianinsight.com/s/36310/

(4) Laporan Bank Negara, 2016.


Tags:

About author
not provided
- Member of Parliament for Muar - Co-Founder MUDA -Law graduate at IIUM - Academic Fellow, Temple University, Dialogue Institute on the Art of Dialouging & Religious Pluralism -Master in Public Policy, Lee Kuan Yew School of Public Policy, Singapore.
View all posts